Part Of Atieyra's Life
SEBELUM BALIK RAYA
Thursday 30 June 2016 • 07:22 • 0 comments

Assalamualaikum.

Rindu gila nak typing typing update blog sendiri ni. Tapi lately ni memang busy tak ingat dunia bak hangggg. Tapi now i cari masa jugak untuk update something. At least ade la something untuk lepas rindu kan. Hihihi.

Okay harini nak cerita pasal sebelum balik raya dekat sekolah yang terjadi kat aku. 

1. Hari Rabu tu memang aku pun tak tahu kenape aku & the gang memang penat ngantuk nak mati. Zatul pulak dah pesan kat aku 4:15 pergi bilik muzik then dia terus pergi latihan Gamelan. kami pun terus sambung tidur kat dalam surau tu after solat zohor. Bila semua dah terbaring terbongkang tidur berjemaah punya. Jangan salah faham gang kami je ade kat situ. Actually ramai lagi la. Lepastu tepat pukul 4:15 petang tu aku bangun. Terus ambik tudung keluar dari surau. tiba tiba. kami terdengar suara cikgu yg agak seram bagi kami kalau buat kesalahan. Dia terus jerit suruh semua bangun lepas tu berdiri beratur kat tengah surau. Nasib la mata aku tak bengkak. Aku dengan Bush duduk depan sekali. Bapak ah tebal muka nak cover malu tho. Budak lelaki pun kena sekali jugak. Lepastu kitorang pun berdiri la kat tengah tu sambil dengar cikgu membebel kat tengah pasal tidur. Yang paling aku tak tahan. Kena tunggu berdiri kt tengah tu sampai orang lain masuk nak solat asar. Pergh mana nak sorok muka wei. Then yang tak tahan jugak bila cikgu ambik gambar setiap form tu. Aku depan sekali
Oh memang sh*t gila lah. Aku redha je time tu.

2. ada perjumpaan pengawas & tingkatan 4. Sesi puji memuji yang tua dan sesi hina menghina kot. Okay tak nak ulas panjang pasal ni. Nanti terbakar pulak hati ni.

3. Ada budak pinjam baju aku dah sebulan tak hantar & boleh pulak datang jumpa aku cakap tak tahu baju tu kat mana. eh eh eh say what mannn ! Geram pulak aku. Aku nak tunggu lepas raya. Kalau takde jugak. Aku cincang guna pisau pemotong daging. Aku memamg kejam.

4. gastrik bad gastrik ever lah kononnye sampai tak tidur malam & tak dapat nak puase sebab sakit sangat. Asyik muntah muntah je. tak boleh nak berdiri straight sbb sakit sangat. macam usus usus sua dah terbelit

thats was my bad memories before going back for Raya 2016 . ������


sebak
Saturday 1 August 2015 • 21:51 • 0 comments

Assalamualaikum

kenapa semua ni berlaku begitu cepat. seolah olah sudah dirancang.

aku tak sanggup lihat semua ini, berada dalam situasi semua sedang berduka.

hilangnya seorang ketua, hilang segalanya.

moga rumah tok indera terus membangun. berikan ketua kita satu hadiah yang bermakna baginya.

habis sudah air mata yang menitis. sayu sungguh hati ni

sebak tatkala berikrar PT3 & SPM .

sebak ketika menyanyikan lagu SUARA SAHUT.

dalamnya makna setiap bait bait ikrar & lirik yang sebelum tidak pernah diendah.

aku bakal merindukan tegasnya ketuaku yang mentadbir rumah kami.

aku bakal rindukan lawak-lawak mereka.

moga mereka berjaya walaupun kami tidak bersama
tapi kami tetap sokong dari belakang.

Harap kau sabar
Saturday 25 July 2015 • 22:12 • 0 comments

Kau letak tinggi mana pun ego kau tapi sebenarnya kau lemah. Baik kau buang ego tu, belajarlah untuk terima teguran. Memang susah pada mulanya. Nanti bila muka kau dah dipijak oleh sebab ego yang terlampau tebal, baru kau tahu apa yang betul, apa juga yang salah.

Tak kah kau rasa sia-sia kalau cuma sebab ego kau kehilangan segalanya. Aku kadang juga rasa begitu. Hanya mahu mendongak ke langit, lupa kita sebenarnya berada di bawah. Hati orang ramai yang berdialog, mereka banyak berbicara dengan kita. Takkan hanya sebab ego, orang mengata, orang membenci hingga kau gagal dalam semua perkara ? Berbaloikah ego tu ? Cuba kau singkap kembali setiap perkara yang mungkin ada menyinggung banyak hati yang kadang lembut tatkala ditikam oleh kata-kata mu yang berlapis kan ego bak pisau tajam yang menghiris satu persatu. Bagaimana pula kalau tidak diampunkan ? Apa kau malu ? Tidak, sepatutunya mereka yang patut malu. Bukankah sudah suratan takdir Maaf. Memaafkan itu satu lumrah.
Celik lah mata wahai sahabat,
mungkin aku tidak mengenali mu. tapi mana mungkin kalau kata-kata aku mampu membuka hati yang sudah tertutup untuk memaafkan ?
Sanggupkah kau merangkak dipadang Mahsyar mencari keredhaan Nabi Muhammad SAW dan mencari orang yang kau umpat atau buat silap ?
Sungguh aku takut semua itu.



Hati. Bersihkan
Friday 10 July 2015 • 22:18 • 0 comments

Assalamualaikum gaiss

Sejak kebelakangan nii aku terlampau berusaha untuk jadi yang terbaik di mata semua orang. Sampaikan kadang2 aku seksa diri aku sendiri. Perlu ke aku teruskan semua ni ?

Aku nak jadi yang terbaik. Seriously aku memang sangat malas dalam semua perkara. All the things. Tapi at least aku berusaha untuk berubah. Tapi why eh ? Semua orang nak tentang apa yang aku buat. Orang lain tak faham aku nak apa sebenarnya. Aku nak diri aku ! Aku nak jadi diri aku yang lebih baik. Bukannya macam sekarang.

Aku sering kali terasa hati dengan orang ssekeliling dlm banyak perkara. Tapi aku diamkan. Aku jadikan katakata yang kadang menyakitkan tu sebagai pembakar semangat aku. Tapi...
Entahlah . Hati aku dah rak kuat. Aku cuma nak dekat dengan Allah tu je. Tu je niat utama aku. Seterusnya aku nak bahagiakan ibu bapa aku. Aku nak jadi anak solehah. Salah ke impian aku tu ? Sampai bila aku nak hidup terkonkong dalam dunia yang aku sendiri tak kenal. Tak tahu. Tak faham. Aku bukan diri aku. Sampai bila semua ni nak berakhir. Aku dah muak. Sepatutnya tolong lah aku. Aku tak mampu dah.

Harini aku rase macam dah putus asa. Aku tak macam orang lain. Yang selalu ucapkan kata sayang dekat parents diorang. Aku bukan jenis macam tu.  Aku terlampau ego. Aku selalu dengki bila tengok kawan kawan aku call mak ayah diorang. Cakap sayang mak ayah diorang. Cakap rindu. Mesti bahagiakan dapat rasakan semua tu ? Jujur dari hati. Aku sangat dengki. Aku impikan semua tun pernah juga aku cuba untuk berkata-kata macam tu. Tapi lidah ni kelu. Aku tak mampu nak berkta-kata. Ego tu terus terusan menebal.

Sampaikan semua benda yang aku buat ssemua salah. Tak nampak ke usaha aku untuk tunjukkan rasa sayang tu. biar aku tak luah melalui kata kata. Biar aku luahkan melalui perbuatan aku. Sebab yang lain aku tak mampu. Aku selalu berdoa supaya Allah tak patahkan hati aku untuk teruskan apa yang aku impikan.
Entahlah. Aku rasa sekarang aku takrahu apa yang aku rasa. Aku cuma mampu menangis seorang diri. Fikir apa lagi yang harus aku buat.

Aku tahu. Allah tak bagi dugaan yang takmampu hambaNya tanggung. Tapi, aku rase terlampau berat dugaan ni.

Tiap hari. Tiap masa. Selalu saja cerita yang diceritakan oleh Cg Khairani terngiangngiang di telinga & fikiran aku.

DOA ANAK DERHAKA, ALLAH SWT TAK AKAN PERNAH MAKBULKAN SELAGI IBU BAPA DIA TAK MAAFKAN.

Astaghfirullah. Hanya ada dua kategori anak dalam Islam. anak yang soleh & anak derhaka.

Anak yang soleh dijanjikan syurga dan anak Derhaka dijanjikan neraka buatnya.
Cuba kau renung diri kau ?

Tahap mana kah kita ?

Seringkali si ibu terasa hati dengan kita. Di kategori manakah kita ?
Layakkah kita dipanggil anak soleh ?
Siapakah kita dimata Allah ?

Bermain difikiran aku bersama air mata. Ya Allah terlampau banyak dosa yang aku lakukan. Mampukah aku menjadi anak solehah yang didambakan ? Cermin diri bak kata orang.

Ya Allah, kau masukkanlah kami dalam kategori anak yang solehah Ya Allah. Kau jauhkanlah kami daripada ciri ciri anak derhaka ya Allah.

Sekadar renungan buat semua. In sha Allah. Dapat membuka pintu hati . Amin.

Doakan kejayaan aku.
Pt3 2015
Maaf sebab lame tak update blog.

Assalamualaikum


Minggu Awal Persekolahan
Thursday 29 January 2015 • 20:45 • 0 comments

MINGGU FIRST 

- Semua terkejut dengan perubahan SAHUT. Makan pakai sudu dan garfu. Sebelom makan kena greet pengetua, cikgu & pakcik & makcik dema :)) 
- Setiap pagi hari Ahad, ade 2 lucky person yang akan kena pick nama then kena buat Public Speaking. 
- Apa yang pengetua cakap kena ingat. Semat dalam kepala. Sebab dia akan tanya balik. 
- Setiap pagi sebelom start assembly, baca Quran dulu. 
- Jumaat : Pengetua join Srikandi Solehah. Give her speech. :)


MINGGU SECOND
- Makan dekat DEMA satu meja kena ada semua form. Dari form 1 sampai form 5. 
- Latihan merentas desa.
- Tayangan Perdana dari Pengetua, gambar kamar-kamar Aspura yanggggggg baikkkkk punya. 
- Hari Khamis MALAM prep takde. 
- Pagi Jumaat inspection macam biasa. Tapi keluar pukul 8/9 pagi. dulu keluar pukul 10 pagi. 
- Lepas prep terus ke surau. Sesi Srikandi Solehah dengan ahli Badar. 
- Alumni SHUTERA datang Srikandi Solehah. 

MINGGU THIRD
- Balik Bermalam
- Merentas Desa
- Pengetua join Merentas Desa sekali ! Ohsem gila !
- Tok Raja Ri juara merentas desa . 
- Tok Indera naib juara. 
- Tok Janggut tempat ketiga. 
-Tok Belian tempat keempat. 


1 Harmoni 2 Hikmah
Sunday 4 January 2015 • 06:50 • 0 comments



1 Harmoni 
Sepet Aida Shu Bada Najwa Aina PiqahF PiqahZ Nurina Zura Mimi Ieka Nadia Zeti Umai Izzah Lan Apik Faiz Taqim Adam Fahmi Alif Ipe Eiman Haikal Deli Azry

2 Hikmah
Sepet Aida Shu Bada Najwa Aina PiqahF PiqahZ Nurina Ieka Nadia Zeti Umai Izzah Lan Apik Taqim Faiz Adam Fahmi Alif Ipe Eiman Haikal Deli Azry

3 Hemah
Sepet Aida Shu Bada Najwa Aina PiqahF PiqahZ Nurina Ieka Nadia Zeti Umai Izzah Lan Apik Taqim Faiz Adam Fahmi Alif Ipe Eiman Haikal Deli Azry


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bismilahirahmanirahim, 

Kepada yang selalu ade dengan aku. Aku terima kasih sangat. Sanggup bersama dengan aku masa aku susah masa aku senang. Masa lawan futsal aku main sekali. Aku happy sebab dapat rasa semangat kelas kita. Walaupun ade sesetengah yang tak rapat tapi masa tu aku nampak. Sinar harapan dari mata dari setiap pasang mata. Mungkin korang tak perasan kan? Takpe. Aku terlampau sayang sangat kelas kita ni. Aku ingat lagi masa form 1. Aku masuk 4 Februari 2013. Aku masuk lewat sebab second intake. Tapi korang tetap layan aku dengan baik. Walaupun korang nampak aku tak selesa dengan keadaan sekolah baru masa tu. Tapi korang tetap layan aku sama rata sama dengan orang lain. Aku makin lama aku makin dapat sesuaikan diri. Allahu ! Aku bangga dengan korang. Mana nak cari lagi orang macam ni. 

Aku ingat aku mula start masuk pertandingan bila aku masuk koir untuk persembahan Drama English. Aku happy la sebab memang aku punya minat menyanyi kan? Terima kasih Mama Laila kerana memahami budak ini. Hehehe :P 

Tapi masa form 1 kita tak banyak kali sangat masuk bilik IT kan? hehe. Tapi sejak masuk form 2. Waduhhh sampai budak 1Tekun bun dah bosan tengok muka kita asyik lalu depan kelas dia sebab nak pergi bilik IT. Dah la buat bising tak tentu hala. And mestilah kitorang gunakan kelebihan budak kelas kami yang bijak membodek. Hahahaha. Budak lelaki biasanya yang paling bijak membodek ni. Dan bende yang paling diorang impikan main game CS ( Counter Strike ). Tu je yang diorang fikir bila masuk bilik IT ni. Dan biasanya budak perempuan nak layan YouTube tak pun Twitter. Kalau macam aku ni komfem lah Twitter,YouTube & update Blog kan? Tapi kadang-kadang kalau aku letih sangat. Dalam bilik IT pun aku layankan je perasaan nak tido tu. Seriously ! Haha. Kadang-kadang orang tengok pun pelik kan? Ye lah orang lain punya lah beria nak layan internet bagai kan. Tapi aku rileks je tido. Tu lah aku. TIDO je keje. Tak tido MAKAN. macam mana tak gemuk :P 

Dan buat pertama kalinya kitorang dapat cikgu yang sangat awesome in da world. En. Saiful Islam <3 we love him so much. dia sangat garang dan tegas. Tapi dia sangat penyayang. Aku sayang dia sangat. Walaupun kadang-kadang homework dia bagi tu agak melampau. Sampai kadang-kadang tidur malam pun tidak sebab terlampau banyak. Tapi dalam banyaknya kerja yang dia bagi tu lah membuahkan hasil. Aku dapat result yang baik daripada lepas. Mungkin orang lain pun sama. Tapi tahun 2015 ni. dia dah tak ajar kami dah sebab dia ajar SPM. 

Tapi tu lah kenangan indah untuk tahun 2014. Tak payah cerita lah kan kenangan pahit. Tak baik orang pandang nanti. Bukan nak tunjuk aku & budak kelas aku ni perfect. Tapi tu aib. Berdosa kalau kita sebarkan. Jadi. Aku sangat berharap tak streaming kelas. Mohonlah memahami kami wahai cikgu tersayang. Kami dah lama hidup bersama. Kami tak biasa hidup dengan orang lain. Kami perlukan each other.  

Sayang Generation H 

The End Of The Year
Wednesday 31 December 2014 • 07:18 • 0 comments






Bismilahirahmanirahim ~

Assalamualaikum.

    Sorry sebab dah lama aku tak update blog ni. Sangat lama. Berputiklah rasa rindu yang kian memuncak didalam hati ini. Ececeh ;)

Tahun 2014 merupakan tahun yg amat berat bagi aku sepanjang aku hidup. Pelbagai masalah aku hadapi. Termasuklah masuk bilik disiplin dan etc. Ya Allah aku masih terfikir kenapa aku buat pelbagai masalah tahun 2014 ni. Tapi aku percaya. Setiap yang jadi ada hikmahnya. Cuma atas diri kita nak terima atau tak. Setiap yang berlaku ada pedomannya. Aku dah terlampau serik. Apakan lagi setiap masa silam kita orang tengok, orang ingat and dari situ orang judge kita. Walaupun orang tu sendiri cakap. Dont judge the book by its cover. Tapi cuba kita check balik diri kita? Kita masih menilai seseorang tu berdasarkan masa silam bukan? Jadi kesimpulannya korang boleh fikir sendiri. Aku boleh cakap macam-macam untuk bangunkan aku. Tapi orang tetap akan pandang masa silam kita. Okey berapa kali aku nak ulang ni. SEBAB : Aku nak korang faham apa yang aku rasa.

Kena panggil dengan senior . Mungkin depan kita dia tak marah tak mencarut tak apa kan. Tapi belakang kita? Allahualam, macam-macam mungkin. Macam tu jugak aku. Mulut manusia ni memang susah nak jaga. Tapi aku berterima kasih dengan kakak-kakak yang caring pasal aku. Ada yang caring ikhlas, ada juga yang caring sebab cuma nak jaja-jaja cerita. Bukan nak mengata. Cuma nak bagi pedoman dekat orang lain.

Selain tu, kawan-kawan. Kawan yang mainkan peranan penting bila kita sekolah berasrama. Ya Allah aku tak tahu macam mana aku hidup kat sana kalau tanpa kawan yang selalu ada masa jatuh dan bangun aku. Tapi ada juga yang ambil kesempatan. Kenapa buat macam tu? Tak cukup ke kepercayaan aku bagi kau kau? Terlampau banyak aku tolong kau. Naikkan kau. Ajak kau kemana saja sebab aku dah anggap kau adik beradik dah. Tapi apa yang kau buat? Fikirlah.

Aku bersyukur sebab ditemukan dengan THE SPINACHES. Ya Allah, they changed me a lot. alot ! seriously, tak dapat aku zahirkan terima kasih yang aku nak tunjukkan ni sebab terlampau besar. walaupun kitorang baru je. tapi kitorang always together. walaupun gaduh macam berperang dekat padang. antara hidup dengan mati. antara air mata dengan darah. antara pedang dengan pisau. haa semua ada. betapa peritnya persahabatan kami. ada yang meminggirkan. ada yang teruskan. ada yang memberi semangat. Tapi semua tu mengajar kami untuk terus berjuang demi persahabatan kami. Membuatkan kami lebih matang untuk mengenal dunia ni. Jatuh bangun bersama. Menangis gembira bersama. Tapi kami masih bersama walau apa pun yang berlaku. Ya Allah aku tak nak jauh dari diorang. Nak selalu dengan diorang. Always :')

Banyak aku menangis tahun ni. Banyak sangat. Mata bengkak. Sakit badan. Demam. Putus asa. Tak pergi kem jati diri. Banyak tinggal kelas. Macam-macam lagi.

Tapi diserikan dengan show besar yang aku join. Konsert Gema Irama. :) Aku nak join lagi In sha Allah. Tapi jika diberi kesempatan la. Masalahnya tahun depan exam :'(((

Wuhuuuuu. Okey dah malas dah nak taip panjang-panjang sebab aku dahhh penatt :o

Ya Allah may Allah ease everything in 2015. Semoga dipermudahkan. Semoga Allah terus bukak hati ni untuk terus menerima hidayahnya. Amin Ya Rabbalalamin.

Ya Allah berikan Nor 'Atirah Basirah kesihatan yang baik. Akademik yang menonjol. Muslim yang bertanggungjawab. Berjaya dunia akhirat. Dan apa yang dihajati tercapai. Amin !

















Welcome to my blog . Please navigate around happily. I am Nor 'Atirah Basirah or you all can call me Atieyra. And follow me if you like to ;> Don't forget to leave your footsteps so I can visit you back ;3 bold italic underline strike

Diary About Link Stuff


Hi ! Nice to meet you. Lets read my story ! :)


Template By: Umi Humaira
Big helped: Wana
Owner: Atieyra Ira