Part Of Atieyra's Life
Harap kau sabar
Saturday 25 July 2015 • 22:12 • 0 comments

Kau letak tinggi mana pun ego kau tapi sebenarnya kau lemah. Baik kau buang ego tu, belajarlah untuk terima teguran. Memang susah pada mulanya. Nanti bila muka kau dah dipijak oleh sebab ego yang terlampau tebal, baru kau tahu apa yang betul, apa juga yang salah.

Tak kah kau rasa sia-sia kalau cuma sebab ego kau kehilangan segalanya. Aku kadang juga rasa begitu. Hanya mahu mendongak ke langit, lupa kita sebenarnya berada di bawah. Hati orang ramai yang berdialog, mereka banyak berbicara dengan kita. Takkan hanya sebab ego, orang mengata, orang membenci hingga kau gagal dalam semua perkara ? Berbaloikah ego tu ? Cuba kau singkap kembali setiap perkara yang mungkin ada menyinggung banyak hati yang kadang lembut tatkala ditikam oleh kata-kata mu yang berlapis kan ego bak pisau tajam yang menghiris satu persatu. Bagaimana pula kalau tidak diampunkan ? Apa kau malu ? Tidak, sepatutunya mereka yang patut malu. Bukankah sudah suratan takdir Maaf. Memaafkan itu satu lumrah.
Celik lah mata wahai sahabat,
mungkin aku tidak mengenali mu. tapi mana mungkin kalau kata-kata aku mampu membuka hati yang sudah tertutup untuk memaafkan ?
Sanggupkah kau merangkak dipadang Mahsyar mencari keredhaan Nabi Muhammad SAW dan mencari orang yang kau umpat atau buat silap ?
Sungguh aku takut semua itu.





Welcome to my blog . Please navigate around happily. I am Nor 'Atirah Basirah or you all can call me Atieyra. And follow me if you like to ;> Don't forget to leave your footsteps so I can visit you back ;3 bold italic underline strike

Diary About Link Stuff


Hi ! Nice to meet you. Lets read my story ! :)


Template By: Umi Humaira
Big helped: Wana
Owner: Atieyra Ira