Part Of Atieyra's Life
The End Of The Year
Wednesday 31 December 2014 • 07:18 • 0 comments






Bismilahirahmanirahim ~

Assalamualaikum.

    Sorry sebab dah lama aku tak update blog ni. Sangat lama. Berputiklah rasa rindu yang kian memuncak didalam hati ini. Ececeh ;)

Tahun 2014 merupakan tahun yg amat berat bagi aku sepanjang aku hidup. Pelbagai masalah aku hadapi. Termasuklah masuk bilik disiplin dan etc. Ya Allah aku masih terfikir kenapa aku buat pelbagai masalah tahun 2014 ni. Tapi aku percaya. Setiap yang jadi ada hikmahnya. Cuma atas diri kita nak terima atau tak. Setiap yang berlaku ada pedomannya. Aku dah terlampau serik. Apakan lagi setiap masa silam kita orang tengok, orang ingat and dari situ orang judge kita. Walaupun orang tu sendiri cakap. Dont judge the book by its cover. Tapi cuba kita check balik diri kita? Kita masih menilai seseorang tu berdasarkan masa silam bukan? Jadi kesimpulannya korang boleh fikir sendiri. Aku boleh cakap macam-macam untuk bangunkan aku. Tapi orang tetap akan pandang masa silam kita. Okey berapa kali aku nak ulang ni. SEBAB : Aku nak korang faham apa yang aku rasa.

Kena panggil dengan senior . Mungkin depan kita dia tak marah tak mencarut tak apa kan. Tapi belakang kita? Allahualam, macam-macam mungkin. Macam tu jugak aku. Mulut manusia ni memang susah nak jaga. Tapi aku berterima kasih dengan kakak-kakak yang caring pasal aku. Ada yang caring ikhlas, ada juga yang caring sebab cuma nak jaja-jaja cerita. Bukan nak mengata. Cuma nak bagi pedoman dekat orang lain.

Selain tu, kawan-kawan. Kawan yang mainkan peranan penting bila kita sekolah berasrama. Ya Allah aku tak tahu macam mana aku hidup kat sana kalau tanpa kawan yang selalu ada masa jatuh dan bangun aku. Tapi ada juga yang ambil kesempatan. Kenapa buat macam tu? Tak cukup ke kepercayaan aku bagi kau kau? Terlampau banyak aku tolong kau. Naikkan kau. Ajak kau kemana saja sebab aku dah anggap kau adik beradik dah. Tapi apa yang kau buat? Fikirlah.

Aku bersyukur sebab ditemukan dengan THE SPINACHES. Ya Allah, they changed me a lot. alot ! seriously, tak dapat aku zahirkan terima kasih yang aku nak tunjukkan ni sebab terlampau besar. walaupun kitorang baru je. tapi kitorang always together. walaupun gaduh macam berperang dekat padang. antara hidup dengan mati. antara air mata dengan darah. antara pedang dengan pisau. haa semua ada. betapa peritnya persahabatan kami. ada yang meminggirkan. ada yang teruskan. ada yang memberi semangat. Tapi semua tu mengajar kami untuk terus berjuang demi persahabatan kami. Membuatkan kami lebih matang untuk mengenal dunia ni. Jatuh bangun bersama. Menangis gembira bersama. Tapi kami masih bersama walau apa pun yang berlaku. Ya Allah aku tak nak jauh dari diorang. Nak selalu dengan diorang. Always :')

Banyak aku menangis tahun ni. Banyak sangat. Mata bengkak. Sakit badan. Demam. Putus asa. Tak pergi kem jati diri. Banyak tinggal kelas. Macam-macam lagi.

Tapi diserikan dengan show besar yang aku join. Konsert Gema Irama. :) Aku nak join lagi In sha Allah. Tapi jika diberi kesempatan la. Masalahnya tahun depan exam :'(((

Wuhuuuuu. Okey dah malas dah nak taip panjang-panjang sebab aku dahhh penatt :o

Ya Allah may Allah ease everything in 2015. Semoga dipermudahkan. Semoga Allah terus bukak hati ni untuk terus menerima hidayahnya. Amin Ya Rabbalalamin.

Ya Allah berikan Nor 'Atirah Basirah kesihatan yang baik. Akademik yang menonjol. Muslim yang bertanggungjawab. Berjaya dunia akhirat. Dan apa yang dihajati tercapai. Amin !

















Welcome to my blog . Please navigate around happily. I am Nor 'Atirah Basirah or you all can call me Atieyra. And follow me if you like to ;> Don't forget to leave your footsteps so I can visit you back ;3 bold italic underline strike

Diary About Link Stuff


Hi ! Nice to meet you. Lets read my story ! :)


Template By: Umi Humaira
Big helped: Wana
Owner: Atieyra Ira